Pages

26 January 2010

the best construction work ever

saya mulakan entri dengan firmanNya, dari surah At-Thur ayat 35

أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون

“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"

gambar hiasan semata-mata

pagi tadi saya berkesempatan menemankan teman sebilik saya, ellis ke makmal. kebetulan ada temujanji dengan supervisor saya jam 1oam. jadi, ada baiknya saya buat sesuatu daripada melayan rasa mengantuk yang asyik bertandang. insomnia malam tadi, pukul 3am baru lelap mata. ellis perlu membantu seorang pelajar master ini membuat animal dissection atau dalam bahasa mudahnya 'belah tikus' untuk mendapatkan organ-organ tertentu untuk melihat kesan drug daripada ujikaji yang dijalankannya. sebelum ini, saya hanya mendengar cerita pasal prosedur tersebut tetapi hari ini saya berpeluang melihat dengan kedua-dua retina. pertama kali buat saya. ngeri juga sebenarnya sewaktu prosedur me'mengsankan' tikus di mana kepalanya perlu dihentak dengan kuat. hanya mereka yang berjiwa keras bisa melakukannya. mujur ada seorang adik lelaki ini. relaks je tengok dia buat. selepas tikus itu pengsan, kepalanya dipenggal dan bahagian badannya diserahkan kepada ellis untuk prosedur seterusnya. bahagian otak tikus dikeluarkan oleh pelajar master itu untuk urusan penyelidikannya. kecil je saiz otak tikus itu. jenuh juga mengeluarkan bahagian hippocampus, frontal lobe, cortex dan striatum. ellis menunjukkan kepakarannya 'membedah' badan tikus untuk mengeluarkan tiga organ yang mereka ingin gunakan iaitu hati, ginjal/buah pinggang dan testis. lepas seekor dan seekor dikorbankan tikus itu. mana bisa saya melihat sahaja. mestilah mahu mencuba juga. maka, untuk cubaan pertama saya, dengan kagumnya saya keluarkan organ-organ tadi. peringatan: saya tidak pernah membuat prosedur sebegini sewaktu zaman undergrad dulu. sebab itu teruja sangat.

serius saya sangat gembira. dan sangat kagum dengan kehebatan ciptaanNya. semua organ itu Allah susun atur dengan elok dalam posisi yang sepatutnya. setiap satu punya hubungan dengan organ yang lain. the best construction work ever! saya masih dapat melihat jantung yang terus berdegup meskipun tikus itu telah lama 'syahid'. mahu tahu mengapa? sebab di dalam jantung itu ada satu bahagian yang dipanggil perentak jantung (pacemaker). perentak ini yang berfungsi mengekalkan daya mengepam jantung sehinggalah sampai satu tahap ia akan berhenti. sebab itulah peri pentingnya menjaga kesihatan jantung. organ penting dalam tubuh selain otak dan buah pinggang. organ-organ lain seperti peparu, perut, usus besar dan usus kecil habis semua saya belek betul-betul. sungguh, saya teruja!

saya hanya berkesempatan bereksperimen dengan seekor dua tikus sahaja. hampir jam 10am ketika itu. tetapi alhamdulillah saya berkesempatan melihat keajaiban ciptaanNya. moga saya dan yang lain bisa bertemu dengan banyak lagi keajaiban ciptaanNya yang boleh buat kita berfikir dan berzikir. dan bersyukur dengan nikmat anugerahNya. alhamdulillah jua kerana Dia beri keberanian dan ketegaran hati berhadapan situasi sebegitu walhal saya agak-agak takut sebelum ini. mana biasa sangat dengan tikus-tikus ini. kelak, mereka bakal menjadi 'rakan baik' saya. tipsnya, niat kerana belajar. jangan takut sesuatu yang kita takut kerana kelak ia akan jadi kenyataan. maka, bayangkan yang baik-baik sahaja ya!

petang tadi ellis ada prosedur membedah juga. kali ini bukan tikus tetapi mayat manusia. err, saya cuba lain kali =) ayat mengelat, walhal 'scary'. tetapi, saya akan mencuba juga suatu hari nanti.

11 comments:

azizah said...

saya ngeri tengok gmbr entri ni...

Nadiah Sidek said...

akak pernah bedah tikus dulu masa matrik. tikus putih macam dalam gambar tu la. pembantu makmal dah siap pengsankan tikus2 tu siap2. masa nak bedah, tikus kawan akak bangun nak lari! menjerit semua orang..hehe. tikus yang akak bedah pun nampak jantungnya berdegup. kesian pulak rasa. huhu..

sarahfazalul said...

jie: bukan awak akan akan jadi surgeon ke suatu hari nanti? =p

kak nadiah: ha'ah. memang masa matriks dah buat tapi tak matikan sendiri. then buat ramai-ramai. takde feel sangat..btw, mesti tikus tu tak cukup pengsan. memang ngeri la masa nak bedah tiba-tiba tikus bangun..(dapat bayangkan suasana budak perempuan yang terjerit2 dalam lab) =)

PinkUngu82 said...

iskkk...ciannyer tikus tuu...

sarahfazalul said...

oh kak z..dah terjumpa kita di sini..patutlah abang fiz selalu perli-perli..silent reader rupanya =)

takpe, i tak kesah ;p

PinkUngu82 said...

hahaha..abg fiz pun blog-hoppers gaks ler :)

sarahfazalul said...

aish pecah la rahsia macam ni..(malu dah nak jumpa abg fiz lepas ni..ehehe)

azizah said...

hah, surgeon? waaa~

azmizal said...

main ketuk jer....hahaha mmg jimat regent. Menarik.

sarahfazalul said...

tapi ngeri la, encik azmizal~

fata said...

alahai...x sanggupnya.bt jgk kt matrik dl..tp kt skolah dl kan bedah katak.katak kwn sy tu tgh dibedah tiba2 je dia bangun.bygkanla..dlm keadaan organ2 dia terdedah camtu dia duk meronta2.sian sgt..besar laktu katak tu.last2 terpaksa matikan trs.mlm tu kwn sy mimpi katak tu mrh kt dia.eii..ngeri!

 

Template by BloggerCandy.com