Pages

13 January 2010

kusuka sudoku


kehidupan sekarang lebih banyak kepada membaca dan menganalisa. membaca dan menganalisa dan menulis. selalu juga membaca dan tertidur. setiap hari. saya rasa sedikit masa lagi, saya kena tukar cermin mata yang berkuasa lebih tinggi. minta dijauhkan! dengan aktviti yang seakan rutin ini, saya perasan otak jadi sedikit perlahan bila bermain dengan nombor. inilah natijahnya apabila selalu sangat melihat huruf semata-mata. cara yang baik untuk mengembalikan kreativiti minda bermain nombor pada hemat saya adalah dengan bermain sudoku.

permainan ini melibatkan 81 kotak. setiap 9 kotak perlu diisi dengan nombor 1-9 di mana baris-baris kotak tersebut tidak boleh mempunyai nombor yang sama. permainan ini diperkenalkan di jepun pada tahun 1986 dan mula menjadi popular di peringkat antarabangsa sekitar tahun 2005. sudoku bermaksud 'single number'. saya terpengaruh dengan abang saya sebenarnya. sambil tengok tv, dia bermain sudoku. katanya mahu dibiarkan mindanya aktif. pertama kali mencuba permainan sudoku, saya terasa memanglah susah. hampir putus asa. tetapi, saya tidak suka kalah tanpa saya cuba sehabis-habisan. dan saya berjaya! buktinya bulan disember tahun lepas, saya banyak berulang-alik ke taiping-shah alam-pulau pinang dengan bas. saya buat satu persatu sudoku untuk mengusir kebosanan. daripada tidak tahu sehingga menjadi teruja setiap kali bermain. memanglah terasa puas bila dapat menyelesaikan teka-teki nombor itu. dan saya akan buat satu bintang kecil untuk dihadiahkan pada diri sendiri sebab telah berjaya. motivasi konon-kononnya. cubalah nanti! bermain sudoku membolehkan minda kita aktif berfikir kebarangkalian nombor yang hendak diisi dalam kotak-kotak kosong itu. dan boleh jadi ubat tidur yang berkesan kalau sudah terlampau bosan berfikir =p

p/s: bermain dengan nombor itu menggembirakan

5 comments:

Dr Syuhada said...

i love numbers and math..bile tak wat math otak bekuuuu sangat...aku pon kenkadang main sudoku..tapi lame da tak main..lame2 main dah terer..ala tapi beli yang beginer punye..hehehe

YnaaOhYnaa said...

i x pnh pndai men soduku ni.. =(

Nurul Izza said...

izza xpenah main dan xreti main (haha mengalah awal2..hiks) ;p

Nadiah Sidek said...

akk pernah gk main. bagus game ni. meningkatkn kecerdasan otak tp 1 mslhnya akk mls betul nk fikir lama2..ahaks. main yg simple aje slalunya, yg utk beginner :D

sarahfazalul said...

(^^,) jom kita main ramai2 lepas ni..start dengan yang beginner dulu la..lama-lama nanti jadilah expert

 

Template by BloggerCandy.com