Pages

25 January 2010

'kalaulah' tidak relevan lagi

(fraser hill, 2009)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: "Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku." Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
(Riwayat Muslim)

perasan atau tidak, ada kalanya lidah kita terbiasa dengan perkataan 'kalau'. ada banyak konteks pengaplikasin perkataan 'kalau' ini. 'kalaulah aku belajar rajin-rajin dari dahulu lagi' (nada penyesalan). 'kalaulah aku kahwin dengan orang kaya' (angan-angan mat jenin namanya). 'kalaulah itu' dan 'kalaulah ini'. sedar tidak sedar, kadang-kadang kita seperti menyalahkan nasib yang telah tertulis buat kita. adakalanya saya juga begitu. boleh jadi kufur nikmat kita nanti. ampunkan daku, Tuhan.

kita tahu segala ketentuan hidup ini telah Allah susun aturkan dengan paling cantik dan paling kemas buat kita. contohnya, Allah tentukan Azizah belajar ilmu perubatan di Ireland. mungkin persekitaran di sana bisa buat dia jadi seorang gadis yang lebih hebat. Allah mencampakkan Nuha di Pulau Pinang untuk berjuang di medan ilmu ubat-ubatan agar bisa satu hari nanti beliau menjadi pharmacist yang menyumbang buat ummah. Allah jua tentukan Kak Nadiah dan Izza dikurniakan anak perempuan secomel Safiyyah dan Iman. orang kata, mengasuh dan membesarkan anak perempuan ini susah sedikit. tetapi, insha-Allah, Kak Nadiah dan Izza bisa melakukannya meskipun berada jauh di bumi Lincoln. ibu mithali mereka berdua ini insha-Allah =p. . dan Allah tentukan saya berada di sini, mendalami lapangan ilmu berkaitan penyakit malaria. tidak pernah saya bayangkan keadaan itu tetapi inilah percaturanNya. moga bisa saya dan sahabat muslim di luar sana menyumbang meskipun sedikit ke arah keintelektualan ummah di kala non-Muslim giat mendominasi dunia keilmuan. sebab itu, tidak patut kita menyalahkan takdir. peringatan buat saya. hikmahnya tidak kelihatan sekarang, mungkin suatu ketika kelak, kita bakal ternampak rahsiaNya menjadikan sesuatu buat kita. Allah yang ciptakan kita, maka selayaknya dia juga yang merancang segalaNya untuk kita. kerja kita, usahalah enjadi yang terbaik semampu kita. moga Allah sayang kita semua, ameen.

p/s: mari mansuhkan perkataan 'kalau' dari vocabulary harian kita =)

3 comments:

Nadiah Sidek said...

erk..sarah tolong glamerkan akak ye? hehe..

betul..betul..kalaulah tu macam kita tak percaya pada qada' & qadar pulak. kadang2 kita ni selalu terlupa dan selalu terlepas cakap. sama2 la beristighfar bila tersedar dari kesilapan

tq sarah mengingatkan akak sekali lagi!

sarahfazalul said...

promote akak sikit. sekarang kan musim pilihanraya kampus? (takde kena mengena langsung)

nurunnuha said...

nama sy pun ada jugak? hehe :D

huhu.. selalu je guna perkataan 'kalau' ni.. akan cuba hilangkan~ tq!

 

Template by BloggerCandy.com