Pages

18 June 2008

percutian yang indah







alhamdulillah. cameron highland sememangnya sebuah tempat yang menarik. menenangkan jiwa. cuma di hujung minggu jalannya padat sungguh dengan kenderaan dan bas pelancong. sepanjang perjalanan saya ke sana, tidak henti-henti saya kagum dengan ciptaan Ilahi. sungguh indah mata memandang. subhanAllah. kami menginap di apartmen yang dimiliki oleh seorang doktor muslim. lima bintang saya hadiahkan untuk pemilik apartmen ini. sungguh islamik - sejadah, telekung, kopiah dan al-quran disediakan. tidak termasuk lagi segala perkakas rumah yang disediakan selengkapnya - bread toaster, frying pan, rice cooker etc. dan harganya rm25o/malam. dengan tiga bilik, ruang tamu yang luas, 2 buah bilik mandi memang berbaloi rasanya. terasa seakan di rumah sendiri. sepanjang berada di sana, puas saya melawat ladang buah strawberi. memang teruja di kala mata menjamu keindahan warna merah strawberi yang sudah ranum. dan sudah tentu tangan saya tidak henti-henti menangkap gambar di sana sini dalam pelbagai perspektif. kami turut melawat hutan lipur dan yang pastinya ladang teh tidak ketinggalan. puas saya memujuk abang hafiz. hehe. cuaca sejuk yang kadang kala menggigit tetulang saya masih tidak dapat menandingi keseronokan saya berada di bumi cameron. sungguh, ingin saya datang kembali iAllah kerna keindahan panoramanya yang benar-benar meruntun jiwa saya

s.u.b.h.a.n.A.l.l.a.h.

p/s: terima kasih kepada Abang Fiz dan Kak Ziana untuk percutian yang cukup indah ini (^^,)

5 comments:

azizah said...

*senyum*

seronok membaca catatan awak... dan gambar2 yang awak ambil sangat cantik...

*senyum*

ps: cukup skema tak??

Anonymous said...

^^ cukup skema cik zah, jangan risau.

dun worry, "yes we are open" :) <-- love this part.

sarahfazalul said...

hehe..ni mesti gara2 OSCE..terus2 saja awak jadi skema..

=)

azizah said...

jam: i like that part too~

sarah: agaknya kot...

Anonymous said...

comel la penulis blog nih..:)

 

Template by BloggerCandy.com