alhamdulillah. saya baru sahaja tiba dari shah alam. bersempena cuti sekolah yang masih berbaki, mama dan babah mengambil kesempatan ini untuk duduk beberapa hari di rumah abang e. selain berpeluang melawat nenek, kami juga berpeluang menziarahi mak chaq hamidah (*mak chaq = makcik) yang saya kira sudah lama tidak kami ketemu. dan yang menariknya saya turut bersua muka dengan faizal, sepupu yang umurnya seangkatan saya. lama betul tidak jumpa. kali terakhir kami berjumpa adalah kira-kira 15 tahun yang lalu! acapkali kami berselisih arah setiap kali ada apa-apa acara keluarga. hmm, sudah besar faizal rupanya? (seolah-olahnya saya tidak membesar =) ). apa-apa pun, syukurlah.
pertemuan singkat itu dapat memberi satu pengertian mendalam kepada saya tentang nilai sebenar sebuah keluarga. dan betapa pentingnya untuk kita mengetahui susur galur keluarga kita. pentingnya adalah untuk memastikan tidak ada ikatan yakni perkahwinan dengan kelompok yang haram kita kahwini. misalnya, seorang gadis yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seoran g pemuda tanpa mengetahui bahawa adam itu sebenarnya pakciknya yang tidak pernah ditemui sejak kelahirannya. bukankah parah begitu? dari itu, seharusnya setiap kali ada upacara keramaian misalnya majlis walimah, hari raya dan sebagainya yang melibatkan keluarga, luang-luangkanlah masa untuk bertandang bagi mengukuhkan silaturrahim yang sedia ada. yang jauh kita dekat-dekatkan; yang dekat, kita mesra-mesrakan.
Hadis Aisyah r.a katanya:
'Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Sesiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya'
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
'Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung Silaturahim'
(*kedua-dua hadith di atas adalah hadith sahih Muslim)
jadi, ayuh kita rapat-rapatkan silaturrahim!
3 comments:
tadi aku pergi kenduri kahwen rumah tok saudara aku. tiba tiba ada seorang kakak ni datang dan salam dengan ayah aku dengan penuh mesra, kemudian dia salam dengan kami adik beradik dengan gaya yang sangat sangat mengenali kami. aku tersenyum kepadanya..sebaik sahaja dia berlalu aku bertanya kepada ayahku-
Siapa tu? (nampak sangat aku tak kenal sedara mara yang nampak nya kenal kita)
menyambung silaturrahim ni banyak barakahnya...kan? kan?
ya betul tu!!
Post a Comment